Kalendar Latihan

Berikut adalah senarai kursus latihan yang telah dirancang:

Bil. Tarikh Kursus* Cawangan
1 21-22 Jan 2012 3P Klang
2 18-19 Feb 2012 Berfikir Luar Kotak Pusat
3 17-18 Mac 2012 3P Gombak
4 21-22 Apr 2012  Berbicara Klang
5 19-20 Mei 2012 Berbicara Sarawak & Gombak
6 16-17 Jun 2012 3P Melaka
7 14-15 Jul 2012 (Slot Kosong: Sila tempah untuk kawasan anda)
8 22-23 Sep 2012 Berbicara Melaka
9 20-21 Okt 2012 (Slot Kosong: Sila tempah untuk kawasan anda)
10 17-18 Nov 2012 (Slot Kosong: Sila tempah untuk kawasan anda)
11 22-23 Dis 2012 (Slot Kosong: Sila tempah untuk kawasan anda)

Maklumat Kursus

Kursus Kepemimpinan 3P memberikan tumpuan kepada usaha menambah pengetahuan, mengasah kemahiran dan merubah sikap individu pemimpin di pelbagai peringkat kepimpinan ke arah melahirkan barisan pemimpin yang berwibawa. 3P merujuk kepada Positive, People dan Professional yang merupakan tiga komponen asasi bagi seorang pemimpin yang berkesan. Peserta kursus akan mempelajari kaedah-kaedah membangunkan diri sebagai pemimpin yang berwawasan melalui Modul Positive, berpengaruh melalui Modul People dan professional dalam menjalankan tugas melalui Modul Professional. Setiap modul memakan masa selama dua hari.

Kursus Pemikiran Luar Kotak bertujuan memberikan pengalaman kepada para peserta untuk berfikir menggunakan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa, tetapi berkesan. Kepemimpinan memerlukan idea-idea baru dan bernas untuk menerobos keluar daripada lingkungan permasalahan sedia ada dan mengorak langkah mencipta peluang di masa depan. Para peserta akan melaksanakan pelbagai aktiviti menarik yang menyingkap dan menyerlahkan potensi sebenar diri mereka untuk menjadi pemimpin yang lebih berkesan. Kursus ini memakan masa selama dua hari.

Kursus Kemahiran Berbicara bertujuan memberikan pengalaman pembelajaran yang mudah, praktikal dan berkesan kepada para peserta untuk menjadi seorang pembicara yang berjaya. Para peserta akan dilatih tubi menyampaikan mesej ucapan melalui kaedah One Big Idea, sebelum didedahkan dengan teknik-teknik penyampaian yang menyokong. Tempoh kursus ialah selama dua hari.
Kursus Kemahiran Penyampaian ditawarkan kepada para peserta yang telah berjaya dalam Kursus Kemahiran Berbicara. Ia merupakan peringkat penyempurna bagi seseorang pemimpin untuk menjadi pembicara yang hebat dan meyakinkan. Para peserta akan mempelajari teknik-teknik betul membuat slide presentation dan menyampaikannya. Tempoh kursus ini ialah selama dua hari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s